ANUGERAH KUALITI SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019



HARI ANUGERAH KUALITI SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019

BORANG-BORANG PENYERTAAN BAGI HARI ANUGERAH KUALITI SEKTOR PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019


SYARAT-SYARAT PENCALONAN

Syarat-syarat pencalonan bagi kategori yang dipertandingkan adalah seperti  berikut :

1. Terbuka kepada semua guru pendidikan khas sekolah rendah dan menengah yang sedang berkhidmat  di sekolah;

2. Terbuka kepada semua guru pemulihan khas yang sedang berkhidmat di sekolah

3. Terbuka kepada semua murid pendidikan khas sekolah rendah, sekolah menengah dan murid pemulihan khas.

4. Terbuka kepada semua Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas sekolah rendah dan menengah.

5. Setiap murid yang ingin bertanding MESTI DICALONKAN OLEH GURU dan perlu melengkapkan borang pencalonan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Hari Anugerah Kualiti SPSPK.

6. Borang-borang pencalonan boleh dimuat turun melalui alamat laman  sesawang https://upkjpns.blogspot.com mulai 29 Julai 2019.

7. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Hari Anugerah Kualiti SPSPK pada atau sebelum 09 Ogos 2019, di Unit Pendidikan Khas (UP : Penyelia Pendidikan Khas) sebelum jam 5.00 petang.

8. Borang pencalonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diproses oleh Jawatankuasa Pemilihan.

9. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah berhubung dengan Jawatankuasa Sekretariat di Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

10. Tarikh tutup pencalonan ialah pada 09 Ogos 2019.



SENARAI ANUGERAH YANG DIPERTANDINGKAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Murid Cemerlang Kelab dan Persatuan
2. Murid Cemerlang Badan Beruniform
3. Murid Cemerlang Sukan/Permainan
4. Murid Pendidikan Khas Cemerlang
5. Murid Program Pendidikan Inklusif Cemerlang
6. Murid Bermotivasi Tinggi (SDH)
7. Pengurusan Kelab/Persatuan Terbaik
8. Pengurusan Badan Beruniform Terbaik
9. Pengurusan Sukan/Permainan Terbaik
10. Pengurusan Program Pendidikan Inklusif Terbaik(PPKI)
11. Pengurusan Program Pendidikan Inklusif Terbaik (Tanpa PPKI)
12. Produk PPKI Terbaik
13. Guru OKU Cemerlang
14. Guru PPKI Cemerlang
15. Guru PPKI Cemerlang Kokurikulum
16. Guru PPKI Cemerlang Kokurikulum
17. Guru Inovasi Pendidikan Khas
18. Pembantu Pengurusan Murid Cemerlang
19. Pengurusan PPKI Cemerlang
20. Pengurusan Pemulihan Khas Cemerlang
21. Guru  Pemulihan Khas Cemerlang
22. Guru Inspirasi Program Pendidikan Inklusif
23. Guru Inovasi Pemulihan Khas
24. Murid Pemulihan Khas Terbaik Literasi
25. Murid Pemulihan Khas Terbaik Numerasi
26. Bilik Pemulihan Khas Terbaik
27. Bilik PPKI Terbaik
28. Tadika Swasta– Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan
29. Sekolah Swasta-Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta
30. Anugerah Khas Akademik / Pendidikan Khas